BANTUAN
Sila layari Sistem Tender Online dan klik pada Daftar Syarikat. Sila rujuk di SINI untuk langkah mendaftar yang lebih terperinci.
Ya, setiap pendaftaran syarikat akan dikenakan yuran langganan berjumlah RM 100.00 setahun. Pembayaran hanya boleh dibuat secara online sahaja iaitu melalui kad kredit atau online banking (FPX).
Ya, pendaftaran hanya sah dalam tempoh setahun dari tarikh kelulusan dan pembaharuan perlu dibuat dengan kadar yang sama RM 100.00.
Anda mungkin tidak mempunyai kelayakan yang dikehendaki untuk membeli tender tersebut. Sistem akan memeriksa kelayakan syarikat anda, jika tidak layak, mesej tersebut akan dikeluarkan. Sila pastikan maklumat syarikat anda dikemaskini. Cara mengemaskini maklumat syarikat boleh rujuk DI SINI.
Kontraktor boleh membuat permohonan permintaan kemaskini secara online.
- Sila login terlebih dahulu ke dalam sistem, kemudian klik pada Maklumat Syarikat.
- Pilih Permintaan Kemaskini > Kemaskini MOF atau CIDB.
- Sila masukkan maklumat yang ingin dikemaskini dan muatnaik sijil terkini syarikat. Syarikat hendaklah memuatnaik sijil yang lengkap (semua mukasurat) dalam bentuk PDF SAHAJA.
- Notifikasi status lulus atau gagal akan dihantar melalui emel syarikat yang didaftarkan di dalam sistem.
Sila rujuk di pautan ini Permintaan Kemaskini
Pembayaran Langganan
Pembayaran Langganan boleh dibuat secara online setelah pendaftaran syarikat anda diluluskan daripada agensi pengesahan. Sila klik pautan ini untuk cara-cara pembayaran langganan. Cara Pembayaran Pembayaran Pembaharuan Langganan Sila klik pautan ini untuk cara-cara perbaharui langganan. Untuk Pembelian Dokumen Pembelian dokumen sebutharga/tender boleh dibuat secara online melalui kad kredit atau online banking (FPX). Cara-cara membuat pembelian boleh rujuk DI SINI
Untuk pembayaran menggunakan kad kredit/debit: Terdapat 3 mod kad kredit yang dibenarkan iaitu Visa, Mastercard dan AMEX. Mana-mana kad kredit/debit yang mempunyai mana-mana mod di atas boleh digunakan untuk transaksi di dalam Sistem Tender Online. Sila pastikan juga kad anda telah disahkan penggunaannya oleh pihak Bank. Butir-butir yang diperlukan adalah:
- Nama di kad
- Jenis kad (Visa atau Mastercard)
- Nombor kad
- Nombor "CVV" (iaitu 3 digit terakhir di belakang kad kredit anda) Tarikh luput
Sila rujuk DI SINI untuk bayaran menggunakan kad kredit.
Untuk pembayaran menggunakan FPX: Butir-butir yang diperlukan adalah maklumat login dalam mana-mana online banking milik tuan/puan. Senarai bank yang ada dalam FPX ini di antaranya adalah:
- CIMB
- Maybank
- RHB Bank
- Bank Islam
- Affin Bank
- Ambank
- Hong Leong Bank
- Public Bank
Senarai penuh bank yang mengambil bahagian di dalam FPX ini adalah boleh rujuk di SINI
Untuk Pembayaran Langganan / Pembaharuan Langganan: Sila semak resit pembayaran di menu "Bayaran Pendaftaran" yang terdapat di dalam menu Maklumat Syarikat untuk melihat semua pembayaran langganan yang telah berjaya dibuat.
Untuk Pembelian Dokumen: Sila semak resit pembelian di menu "Dokumen Dibeli" untuk melihat semua pembelian yang telah dibuat. Maklumat lanjut, sila rujuk DI SINITidak.Kerja-kerja undi adalah kerja-kerja Kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada Pejabat Daerah untuk dilaksanakan. Setakat ini, kerja-kerja undi masih dijalankan seperti biasa secara iklan di Pejabat Daerah. Sila hubungi Pejabat Daerah untuk maklumat lanjut.